Selebriti popular, Neelofa, 36, enggan mengulas lanjut mengenai hubungan adiknya, Ameera Khan, 24, dengan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol, 26, yang hangat diperkatakan warganet ketika ini. Menurut laporan Harian Metro, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, sebarang kenyataannya berhubung perkara itu dibimbangi hanya akan mengundang lebih banyak reaksi negatif di media sosial.
“Saya rasa nak simpan komen itu pada diri sendiri sebab ada sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutuk, apa saja jawapan pasti kena kecam. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai nama Ameera yang sering menjadi tumpuan di media sosial, usahawan selebriti itu menjelaskan tidak wajar dirinya dibandingkan dengan adiknya itu memandangkan mereka bergerak dalam bidang yang berbeza.
“Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza. Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal. Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia (Ameera) bukan pelakon, penyanyi atau pengacara,” ujarnya. Untuk rekod, Ameera kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jefri selepas dilaporkan putus sekitar Oktober 2021.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.