Pembantu peribadi kepada Bella Astillah iaitu Niel Rafeq, tampil membuka mulut mengenai isi membabitkan penyanyi itu bersama pelakon Sophia Albarakbah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), pada Ahad malam. Menerusi hantaran di Instagram Story, Niel memberi bayangan bahawa situasi ‘janggal’ semasa penyampaian anugerah itu bukan berpunca daripada sikap Bella, sebaliknya berlaku disebabkan sejarah peribadi dan luka lama yang berlaku di antara dua selebriti berkenaan.

Menurut Niel, reaksi Bella yang kelihatan gugup dan tidak selesa ketika berada sepentas dengan Sophia adalah kerana kesan trauma yang masih tersisa dalam dirinya. “Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma.
Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu. Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar.” Kenyataan itu seakan menjawab kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan Bella sengaja menunjukkan reaksi dingin terhadap Sophia.
Namun hakikatnya, apa yang berlaku di pentas itu tidak dirancang, sebaliknya refleksi emosi seorang wanita yang pernah terluka. Sementara iNiel juga seakan menyindir individu tertentu yang cuba berlagak tidak bersalah di khalayak walaupun menjadi punca penderitaan orang lain sebelum ini. “Jangan buat innocent”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.