Terpanggil dengan isu dan kontroversi tersebut, pelakon Zarina Zainuddin menasihatkan Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop berdamai dan perbaiki hubungan mereka. Kata Zarina, ia berdasarkan pengalamannya yang sebelum ini pernah ‘dingin’ dengan arwah ibu sendiri dan tidak meluangkan cukup masa dengannya, oleh itu kini dia akui menyesal apabila mengenangkannya semula. “Bila mak dah tak ada esok menyesal pun tak berguna”
Pesan Zarina, seandainya kemelut ini berlarutan dan ibu sudah meninggal dunia kelak, menyesal pun tiada guna.“Jangan jadi seperti saya asyik gaduh je sebab saya sakit hati kenapa kecil-kecil mak saya tak jaga saya dah besar baru cari. Last-last mak dah tak ada saya rasa rugi tak spend betul-betul masa dengan dia.” Zarina turut mendoakan agar Anna Jobling berbaik dengan ibunya sambil berharap agar tidak ada campur tangan orang luar dalam hal kekeluargaan mereka.

Zarina turut menitipkan pesanan bahawa seorang ibu tetap ibu biarpun siapa pun dia dan doa ibu adalah sangat mustajab untuk rezeki anak mereka. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.