Takut sampai terpeluk, ramai yang terhibur bila Roslan Shah buat paranormal dengan Ds Vida

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Roslan Shah kembali mencuit hati penonton dengan melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam di suatu tempat terpencil. Menerusi potongan video di TikTok, Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan digandingkan bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sebagai selebriti jemputan untuk segmen terbarunya kali ini. Namun, lebih menggelikan hati apabila Cik Lan yang berlagak berani terpeluk Vida kerana terlalu takut apabila terdengar bunyi anjing yang sedang menyalak di kawasan tersebut. Klik sini untuk lihat video. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, Vida dilihat berasa tidak selesa dan cuba melepaskan diri daripada terus dipeluk oleh Cik Lan sebelum mereka berdua secara tidak sengaja berlaga pinggul menambahkan lagi rasa kelakar dalam kalangan warganet. “Cik Lan buat berani je tu, sampai terpeluk,” tulis Vida di TikTok, hari ini. Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat Cik Lan dan ada juga yang berseloroh mendoakan agar mereka berdua berjodoh.

Malah ada pula yang menganggap Cik Lan cuba mengambil kesempatan dengan memeluk usahawan itu biarpun mengetahui dirinya amat takut melakukan aktiviti paranormal sebegitu. Terdahulu, Cik Lan membuat eksplorasi mistik tersebut bersama usahawan Sajat di kawasan perkuburan terkenal, Bukit Brown telah mencuri perhatian sebelum menjemput selebriti udangan lain seperti Datuk Adi Putra dan pendakwah bebas, Ebit Lew.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.