Alif Satar luah rasa bangga dan kagum dengan semangat isteri, walaupun hamil 4 bulan tapi berjaya tamatkan larian 10km

Advertisements
Advertisements

PENYANYI dan pelakon Alif Satar meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap isterinya, Shadila Halid yang berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer (km) walaupun sedang hamil empat bulan. Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar,35, pencapaian itu bukan sahaja mengejutkannya, malah turut memberikan inspirasi kerana bukan mudah untuk melakukan aktiviti lasak dalam keadaan berbadan dua. “Keazaman lebih kuat daripada fikiran, dan Shadila membuktikannya dengan penamat yang mantap. 

“Dia habiskan larian pertamanya sejauh 10km ketika hamil empat bulan. Saya sangat terinspirasi. Tahniah, sayang,” katanya. Alif berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad. Bercerita lanjut, Alif berkata, Shadila sebelum ini tidak begitu berminat menyertai aktiviti larian. Bagaimanapun, Alif terkejut apabila isterinya itu secara tiba-tiba mendaftar untuk menyertai sebuah acara larian.

“Satu pencapaian besar hari ini dan saya sangat bangga. Daripada dulu saya selalu ajak Shadila berlari atau berlatih bersama, tapi dia tak pernah nak ikut. Tiba-tiba dia cakap, yang dia dah daftar untuk acara itu,” ujarnya. Tambah Alif, isterinya itu sempat berehat selama sebulan daripada latihan akibat alahan pagi (morning sickness).  Malah, pada malam sebelum acara berlangsung, Alif masih bimbang sama ada Shadila mampu menamatkan larian tersebut.

Namun begitu, berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, Shadila berjaya menamatkan larian tersebut.  Untuk rekod, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 10, Ariana Mecca, lapan, dan Muhammad Ali yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.