Setelah lama berdiam diri tentang masalah rumah tangga bersama madunya, personaliti media sosial, Umisya Mazlan akhirnya tampil bersuara menghapuskan spekulasi yang tidak berasas terhadap dirinya. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya yang juga merupakan madu kepada pempengaruh, Marissa Dania berkata isi hati yang selama ini dipendam adalah demi menjaga keharmonian semua pihak.

Pun begitu, Umisya berkata keputusan untuk bersuara dibuat kerana mahu menjelaskan keadaan sebenar. “Banyak sebenarnya yang boleh diceritakan dari A hingga Z, tapi cukuplah hanya dengan bersuara untuk hanya membuktikan kepada manusia dan dunia. Diam saya ini untuk kebaikan semua orang tetapi saya harap jangan timbulkan apa-apa spekulasi yang tidak patut tentang saya.
Berpada-padalah dalam percakapan sebab tidak semua akan faham selagi tidak berada di tempat kita (ketika saya terduduk, jatuh sejatuhnya seorang diri). Itulah, orang tidak melihat bila kita bersabar tapi orang melihat apabila kita lantang bersuara.” Kata Umisya, sebagai seorang wanita, isteri, dan ibu dia juga mempunyai hati dan perasaan.
“Cukup beringat yang saya juga manusia. Saya ada ibu yang ada perasaan yang tiada sosok suami. Saya juga tiada suami yang boleh pertahankan saya kecuali suami dan ayah kepada anak-anak saya. Misya juga ada perasaan, ada hati dan ibu kepada anak-anak saya. Cukuplah apa yang saya telankan selama ini.” Sebelum ini, ibu kepada Marissa iaitu pelakon, Abby Abadi mendakwa terdapat individu memintanya untuk berdiam diri mengenai isu itu namun dia memilih untuk mengendahkan amaran yang diberi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.