Teruk kena kritik dengan warganet, tular video Yusuf Bahrin menari dengan pemain bola sepak wanita

Advertisements
Advertisements

Pelakon Yusof Bahrin menerima kecaman setelah tular seorang pemain bola sepak wanita, Syafiqa Erisa yang dipercayai tidak menghormati status aktor itu setelah berkongsi sebuah video menari bersama. Menerusi perkongsian di TikTok, Yusuf dan Syafiqa menari bagi mengikuti trend lagu Pica Pica 2 dan kelihatan kedua-duanya gembira melakukan aksi tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Kak Zizi Kirana pinjam suami jap,” kata Syafiqa di TikTok, semalam. Bagaimanapun, hantaran itu dianggap tidak bersesuaian memandangkan isteri kepada Yusof iaitu penyanyi Zizi Kirana sedang melakukan misi kemanusiaan ke Gaza menambahkan lagi rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kesal melihat video tersebut dan meminta agar Yusof lebih menjaga hati isteri dengan mengelak daripada melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Malah ada juga wargamaya yang mengkritik wanita itu kerana tidak mempunyai sifat timbang rasa dan tidak menghormati Zizi sebagai seorang isteri. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 260,000 tontonan dan lebih 3,500 tanda suka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.