Mula beli rumah sejak umur 21 tahun, Datuk Aliff Syukri akui ada 400 hingga 500 buah rumah

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya memiliki antara 400 hingga 500 buah rumah hasil daripada usaha keras dalam dunia perniagaan. Perkara itu dikongsikan menerusi sesi siaran langsung di TikTok, di mana beliau menceritakan bagaimana minat membeli rumah bermula sejak usia sangat muda. Klik sini untuk lihat video.

“Sejujurnya saya ada 400 ke 500 buah rumah, saya pun tak ingat berapa sebab banyak. Saya mula beli rumah sejak umur 21 tahun,” ujarnya. Ujarnya, dia telah mula membeli rumah pada usia 21 tahun dan menyatakan harga rumah pada zaman awal pembabitannya jauh lebih rendah berbanding sekarang, sekaligus membuka peluang untuknya mengumpul aset bernilai tinggi.

Rumah pertama saya tak mahal, RM99,000 sahaja. Rumah teres corner lot di Puncak Alam. Dulu rumah murah,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan pencapaian bapa kepada enam cahaya mata itu. Ada yang menyifatkannya sebagai contoh bijak dalam merancang masa depan kerana memilih untuk melabur pada hartanah yang kini nilainya semakin meningkat.

Sekadar info, Aliff Syukri telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid  dan dikurniakan enam orang cahaya mata. Ketika ini, beliau dilihat aktif berniaga menggunakan platform media sosial dibantu oleh isteri dan anak-anak yang dilihat turut berminat dalam bidang tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.