2 bulan tak buat latihan, Eyka Farhana terhibur bila Akhyar Rashid dedah berat badan naik 5kg lepas kahwin

Advertisements
Advertisements

Suami kepada pelakon, Eyka Farhana iaitu Akhyar Rashid berkongsi bahawa berat badannya meningkat selepas mendirikan rumah tangga pada 2 Mei lalu. Menurut Akyhar, peningkatan berat badannya itu berlaku hanya selepas dua bulan tidak meneruskan rutin latihan sebagai seorang pemain bola sepak.

Walau bagaimanapun, pemain sayap Terengganu FC (TFC) berkongsi bahawa dia sudah kembali aktif dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram. “Jujur ya? Berat badan saya naik 5 kilogram (kg). Dua bulan tak ‘training’, habis. Tapi sekarang dah turun 7kg (selepas sertai latihan).” Akhyar berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual pelakon, Aidil Aziz menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram (IG). Klik sini untuk lihat video.

Apa yang mencuri perhatian ialah, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian isteri tercinta, Eyka Farhana yang meninggalkan emoji ketawa, seolah-olah terhibur dengan pengakuan suaminya itu. Sekadar info, Akhyar dan Eyka sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Boathouse By The Lake Ampang pada 2 Mei lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.