Pu Riz dedah Neelofa pernah hilang kontrak jutaan ringgit lepas berniqab, tapi lepas beberapa tahun syarikat tersebut rayu dengan tawaran berganda

Advertisements
Advertisements

Pendakwah bebas dan juga suami kepada Neelofa iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz mendedahkan bahawa isterinya pernah kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit hanya kerana memilih untuk memakai niqab. Menurut PU Riz, sebuah syarikat besar dari Perancis yang menjual produk penjagaan wajah membatalkan kerjasama bersama Neelofa selepas dia mula mengenakan niqab. Klik sini untuk lihat video.

“Ada sebuah syarikat besar yang berasal dari Perancis menjual produk penjagaan wajah. Mereka kata, ‘Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikirkan semula nak ambil dia atau tidak.’ Mereka bubarkan kontrak yang nilainya jutaan ringgit,” katanya dalam satu majlis ilmu. Akui PU Riz, jika dirinya berada di situasi itu, mungkin dia akan meminta pihak syarikat menyambung semula kerjasama.

Namun, Neelofa sebaliknya memilih untuk istiqamah dengan keputusan yang dibuat. Menariknya, selepas beberapa tahun apabila gaya muslimah yang dibawa Neelofa mula menjadi ikutan ramai, syarikat yang sama kembali menawarkan kontrak baharu dengan nilai berlipat kali ganda. “Selang beberapa tahun, bila Neelofa memakai niqab dan menonjolkan cara pemakaian yang trendy, orang pun beli dan memakai niqab juga.

Ada yang datang dalam keadaan menangis, mereka terinspirasi kerana Neelofa, lalu mereka turut memakai niqab. Kemudian syarikat yang buang dia datang kembali beri tawaran berkali ganda dan jutaan ringgit berbanding dengan tawaran dahulu. Mereka juga meminta dan merayu Neelofa untuk menjadi duta,” jelasnya. Dalam pada itu, PU Riz turut menitipkan nasihat agar umat Islam sentiasa yakin bahawa rezeki datang daripada Allah SWT, bukannya manusia.

“Kita sangka, makin tutup aurat, makin orang menjauh.. kita sangka kita makin dekat dengan Allah, manusia tak akan menyukai kita. Tetapi percayalah apabila Tuhan berada di hati kita, Tuhan akan membimbing setiap langkah kita. Bukan sahaja manusia tetapi setiap makhluk akan menyukai kita tanpa kita paksa. Pesan saya, jangan takut untuk bawa agama sebagai cara hidup kita.

Yang memberi kejayaan, yang menentu kita hebat dan menjaga langkah kita bukanlah diri sendiri tetapi Allah SWT. Kalau sedih, di hujung nanti akan ada kejayaan yang diberi dan tidak disangka-sangka,” pesan beliau. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.