Dari kecil dah kenal, Cik B tak menghalang kalau Ds Vida memilih untuk kahwin dengan Roslan Shah

Advertisements
Advertisements

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B, tidak memghalang sekiranya ibunya memilih untuk berkahwin dengan selebriti dan pengacara, Roslan Shah. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini,  Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen berkata, keputusan untuk berkahwin adalah hak mutlak ibunya. Namun sebagai anak, dia tetap mahu memastikan pasangan yang dipilih bukanlah seorang yang membawa masalah. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak kisah, bukan saya yang nak kahwin. Yang nak kahwin tu mama saya. Kalau lelaki tu red flag, mestilah kita halang.” Tambah Cik B lagi, cinta adalah subjektif dan hanya orang terdekat sahaja dapat menilai sama ada seseorang itu benar-benar sesuai atau tidak. “Cinta itu buta, jadi hanya orang terdekat je tahu individu tersebut bagus atau tidak dengan orang tu. Kalau mama suka, suka jelah. Kalau tak ada red flag, biarlah.”

Dalam pada itu, Cik B memaklumkan bahawa hubungannya dengan Roslan Shah atau lebih mesra dipanggil Cik Lan tidak asing lagi memandangkan dia sudah mengenali lelaki itu sejak kecil. “Kalau Cik Lan tu bagus, jadi tak kisah lah. Saya sebenarnya dah kenal Cik Lan masa saya kecil lagi.” Bagaimanapun, Cik B dan adiknya, Kacak, menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah dan hanya mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan ibu mereka.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.