Pilih hospital kerajaan untuk jalani pembedahan, ini pula penjelasan dari Datuk Aliff Syukri

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengulas lanjut keputusannya yang memilih hospital kerajaan bagi menjalani operasi pada bahagian buah pinggangnya. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, memaklumkan kos rawatan pembedahannya itu mencecah RM80,000. Ujarnya lanjut, dia ingin mencari doktor pakar bagi menjalani pembedahan pada bahagian buah pinggangnya dan bukan sekadar mengharapkan komisen semata. Klik sini untuk lihat video.

“Biasanya kos pembedahan yang saya jalani itu antara RM50,000 ke RM80,000. Orang rasa hospital kerajaan nampak murah. Tapi kalau pergi kerajaan, doktor dia anak murid pada doktor di hospital kerajaan. Baik pilih hospital kerajaan. Saya nak orang yang bedah saya seorang yang lebih kepada pakar.”

Dalam pada itu, Aliff berpendapat hospital ‘semi-private’ lebih baik berbanding swasta mahupun sepenuhnya kerajaan. “Sebenarnya hospital yang saya pilih ini adalah ketua pakar. Dia profesor yang mengajar doktor-doktor di hospital swasta. Kedua, hospital itu adalah semi-private. Dan terakhir, doktor di hospital saya itu meraka buat kerja bukan untuk duit.” Terdahulu, Aliff telah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital selepas mengalami kesakitan berpunca daripada kecederaan pada sebahagian pinggangnya sejak tiga tahun yang lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.