Tengah sakit pun masih fikir kerja, Datin Shahida dedah Datuk Aliff Syukri nak buat live lepas dari pembedahan

Advertisements
Advertisements

Walaupun diuji dengan masalah kesihatan, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tetap mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai peniaga. Menerusi hantaran di Threads, isteri kepada Aliff iaitu Datin Nur Shahida berkongsi keadaan suaminya ketika berada di sebuah pusat perubatan. Menurut Shahida, Aliff berkeras untuk melakukan sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk mereka.

“Malam tadi lepas keluar OT (operation theatre) sampai tak bercakap langsung menahan sakit. Pagi ini pukul 5.30 pagi dia bangun cari PA (personal assistant) nak minta buat live” Risau dengan kesihatan suami, Shahida bagaimanapun tidak membenarkan Aliff untuk bekerja dan memintanya untuk berehat. “Dia celik je mata terus nak buat live, marah ni.

Minta maaf ya, kena garang sikit..bukan nak jadi isteri derhaka. Dia terus tidur balik merajuk punya pasal. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan dedikasi Aliff sebagai seorang usahawan yang sentiasa mementingkan perniagaannya walaupun sedang berdepan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar bapa kepada enam orang anak itu kembali sembuh.

“Manalah rezeki dia tak mencurah-curah. Dia bangun pagi nak buat kerja, tengah sakit pun fikir kerja..semakin besar tanggungjawab, semakin giat dia usaha.” “Jangan menekan sangat, kesihatan kena diutamakan dulu. Semoga dipermudahkan urusan Datuk.” “Rajinnya dia cari rezeki untuk keluarga, syurga untuk seorang lelaki yang begini untuk nafkahi anak dan isteri.” Terdahulu, Aliff telah selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital selepas mengalami kesakitan berpunca daripada kecederaan pada sebahagian pinggangnya sejak tiga tahun yang lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.