Tak pernah berkahwin walaupun umur dah 42 tahun, Sherry Ibrahim akui hanya mahukan lelaki yang betul betul ikhlas

Advertisements
Advertisements

Pelakon Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 42, menegaskan usia tanpa suami tidak pernah menjadi beban walaupun ada segelintir pihak skeptikal dengan status dirinya. Katanya, dia lebih selesa menjalani kehidupan mengikut caranya sendiri tanpa mempedulikan pandangan orang luar. “Saya kekal dengan cara hidup saya. Di media sosial pun saya tak pernah kongsi berkenaan kisah peribadi. Ia bukan perlu ditunjuk kepada sesiapa. Jangan bandingkan saya dengan orang lain,” katanya.

Menyentuh soal perkahwinan, Sherry percaya semua itu adalah urusan jodoh yang sudah diatur Allah dan dia tidak pernah menganggap status single sebagai satu kekurangan. “Saya tidak mengharap pada jodoh. Berkawan dengan lelaki itu memang ada, tapi jodoh itu belum sampai. Insya-Allah kalau ada jodoh yang betul-betul, saya bersedia,” ujarnya. Tegas Sherry, dia hanya memerlukan seorang lelaki yang ikhlas dan benar-benar jujur dalam hidupnya.

“Saya hanya perlukan seorang lelaki yang ikhlas. Kalau dia adalah yang terbaik, apa yang saya doa selama ini dan yang pasti, mama pun doa serta kawan-kawan saya pun nak yang terbaik untuk saya,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sherry kini sibuk membintangi drama muzikal bersiri 10 episod berjudul #fyp di TV2 sejak 12 September lalu dan melakonkan watak seorang pensyarah tegas bernama Profesor Senah.

“Watak ini perlukan saya nampak matang sebab karakter profesor dan kena tegas dengan pelajar, tapi seorang yang mengambil berat terhadap mereka,” jelasnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.