Penyanyi Sissy Iman menyifatkan rakan selebritinya, Amira Othman sebagai wanita pemurah dan sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Sissy atau nama lengkapnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, dilihat berkongsi beberapa keperibadian Amira Othman yang dikaguminya. Ujarnya, Amira sering berkongsi rezeki bersama orang sekeliling di set penggambaran.
“Amira merupakan individu yang sangat baik. Antara kebaikan yang mungkin orang lain tak tahu adalah dia sangat pemurah. Kalau di set penggambaran, tiba-tiba dia pesan makanan. Memang sentiasa kenyang.” Dalam pada itu, Sissy juga memaklumkan pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu merupakan individu yang sentiasa bersedia dengan ubat-ubatan.
Berkongsi lebih lanjut, Sissy meluahkan rasa kagum dengan personaliti Amira yang mampu menjaga wuduk walaupun jadual padat. “Sebagai umat Islam, kita semua wajib buat. Tapi Amira ini, dia memang sangat menjaga solat. Bila kita tengah shooting, terutama di negara orang, jadual kita sangat penuh. Tapi Sissy sangat kagum sebab dia menjaga wuduk. Bila kita dengan dia, kita sekali dapat sifat-sifat yang baik itu.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.