Sebak dengan perjuangan Ardell, Hazwani Helmi mohon orang ramai untuk mendoakan Ardell Aryana

Advertisements
Advertisements

Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi memaklumkan, rakan seperjuangannya iaitu Ardell Aryana sedang melalui detik sukar apabila ibunya dijadualkan perlu menjalani operasi memotong kedua-dua belah kakinya. Menerusi perkongsian di Threads, Hazwani meluahkan rasa sedih selepas membuat panggilan video bersama Ardell yang juga dilihat berada dalam keadaan sebak.

“Kami pun sebak dengan perjuangan Ardell. Mohon doa dari semua agar kesihatan ibunya kembali pulih dan Ardell diberi kekuatan.” Kata Hazwani, Ardell mengalami keadaan sukar kerana berdepan dengan dua ujian terberat melibatkan kesihatan ibunya serta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang sedang dijalankan. “Misi kali ini sangat berat, tambah pula dengan ujian yang berat. Tuhan tahu Ardell kuat. Jom kita pakat solat hajat untuk ibu Ardell.”

Sebelum ini, pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan menerusi hantaran di media sosial memaklumkan ibu Ardell bakal menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya. Pun begitu, PU Rahmat tidak mendedahkan punca kedua-dua kaki ibu pelakon itu terpaksa dipotong. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.