Abang kepada pempengaruh Marissa Dania iaitu Mohamed Danish Hakim mengakui tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga adiknya, namun memilih untuk tidak mendedahkan kepada khalayak. Ketika ditemui, Danish berkata, lebih elok jika sebarang penjelasan atau pendedahan dibuat sendiri oleh tuan empunya badan. “Saya adalah tahu serba sedikit apa yang berlaku dengan rumah tangga Marissa, tetapi saya tidak boleh dedahkan kerana itu adalah hak peribadi dia.
Saya risau jika tersalah cakap. Pada saya lebih baik jika ada apa-apa isu atau penjelasan ingin dibuat, biarlah tuan badan sendiri yang jelaskan. Terus terang, walaupun saya abang kandung dia tetapi tidak tahu sepenuhnya apa yang dia lalui.” Danish berkata demikian ketika ditemui di acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam pada Khamis.
Tambah Danish, isu rumah tangga adalah perkara sensitif selain perlu menjaga kesihatan mental Marissa. “Kalau pasal rumah tangga, saya cuba elakkan untuk tanya lebih-lebih. Saya tak mahu rosakkan mental dia. Apa yang mampu saya buat sekarang hanyalah berdoa untuk dia dan ahli keluarga lain.” Mengulas mengenai kehidupan keluarganya yang sering menyorot perhatian, Danish mengakui pada awalnya dia agak terkesan.
“Mula-mula memang terasa juga, tapi lama-kelamaan saya kena terima inilah kehidupan saya. Dah jadi macam makanan harian kita. Marissa pun seorang selebriti, jadi sudah tentu semua orang akan melihat dan menilai. Nak buat macam mana, memang tak boleh lari.” Dalam masa sama, Danish turut mengakui dia sendiri tidak mengetahui status terkini rumah tangga adiknya itu.
Bagaimanapun, dia percaya ada pihak yang lebih layak untuk menasihati Marissa, terutama bapa mereka, aktor Norman Hakim. Terdahulu, Marissa berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkla, Thailand pada Disember 2023. Ahmad Aslam sebelum itu sudah beristeri dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama isteri pertamanya, Umisya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.