Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee membidas kenyataan seorang individu yang mendakwa dirinya terlalu menunjuk kemewahan di media sosial. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang selesa dengan perkongsian Yaana di Tanah Suci, Mekah. Ujarnya, perkongsian itu dapat meninggalkan rasa keinginan yang tinggi kepada golongan yang tidak mampu.
“Sebab itu jangan tunjuk sangat awak pergi Mekah macam pergi melancong sebab terlalu mampu. Ada yang tak dapat pergi sebab tak mampu. Tuhan nak tarik sekejap saja, sekadar nasihat.” Susulan itu, pengusaha jenama pakaian Leeyanarahman menjawab sindiran itu dengan menitipkan nasihat. Selain itu, Yaana turut berharap agar komen di perkongsiannya dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran.

“Nasihat saya pada awak, yang tak mampu itu doa banyak-banyak supaya Allah bagi rezeki dapat pergi. Tiada istilah pergi umrah macam melancong. Apa yang saya tunjuk sangat itu? Sebab saya tunjuk kaabah, masjid, payung nabawi, itu saja. Awak rasa menunjuk macam pergi melancong ke? Bila ramai komen pengalaman hilang barang, cuba jadikan kes ini sebagai pedoman dan pengajaran bagi yang belum kena. Positifkan pemikiran, terima kasih.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.