PELAKON Syifa Melvin yang kini hamil anak kedua bakal menimang cahaya mata perempuan. Berita gembira itu disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi rasa teruja di akaun media sosialnya. “Tahniah Syifa bakal dapat bayi perempuan. Saya tumpang gembira, dah sepasang (anak lelaki dan perempuan) dah,” tulisnya ringkas.
Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin turut berkongsi momen kejutan dibuat oleh adiknya itu pada acara gender reveal yang turut diraikan bersama majlis ulang tahun kelahiran anak pertama Syifa pada Ahad. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Syatilla dilihat bertanya kepada beberapa tetamu mengenai jantina bayi yang dikandung Syifa.
Selepas mengetahui jangkaannya tepat, Syatilla kelihatan bersorak gembira dan melompat teruja atas berita gembira itu. Sebelum ini, Syifa berkongsi dirinya kini sedang hamil anak kedua namun tidak menjelaskan secara terperinci usia kandungannya. Untuk rekod, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 31, mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Safawi Rashid pada 28 November 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.