Muat naik gambar bersama, rumahtangga Faisal Halim dan isteri sudah kembali pulih

Advertisements
Advertisements

Hantaran terbaharu isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril di Instagram Story (IGs) miliknya seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangga mereka. Dalam hantaran itu, Nur Syazwani dilihat berkongsi semula hantaran Faisal yang memuat naik foto bahagia bersamanya dan anak, Khalish Aryan. Faisal yang menggunakan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai ‘background’ meluahkan rasa syukur sekali gus mengesahkan rumah tangga mereka sudah kembali pulih.

Sementara itu, Nur Syazwani yang seakan mengesahkan khabar gembira itu menzahirkan rasa syukur. “Alhamdulillah. Memaafkan dan melupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak. Rasa macam baru berkahwin semalam.” Terdahulu, Nur Syazwani didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya. Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. 

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khalish. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.