Terpaksa akur dengan keputusan mahkamah, Siti Jamumall dedah Aiman banyak berkorban

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall luluh hati selepas mahkamah memutuskan perkahwinan bersama suami, Aiman Tak Kesah berakhir dengan talak tiga. Menerusi luahan panjang di TikTok, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, mengakui pada awalnya dia berharap perpisahan mereka hanya jatuh talak dua, namun terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

“Sejujurnya saya sendiri berharap untuk jatuh talak dua sahaja. Tapi apa boleh buat, keputusan mahkamah dah keluar..kita memang tak boleh bersama kembali.” Siti juga memohon maaf di atas kekhilafannya terhadap Aiman sehingga menerima pelbagai tomahan kerana isu perceraian mereka. “Saya tak kuat nak hadap, saya sedih baca orang kutuk awak sebab saya tahu memang awak ada buat silap tapi saya sendiri pun ada salah juga tapi masih banyak kebaikan yang ada dekat awak.

Saya minta maaf atas semua yang jadi sampai ke hari ini. Awak dikecam teruk, orang hina dan macam-macam lagi.” Menurut usahawan berusia 26 tahun itu, Aiman menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik terhadapnya terutama sepanjang proses kehamilan dan bersalin. “Tapi saya bangga dengan awak sebab awak tetap ada. Orang tak tahu, hujung-hujung nak bersalin duit saya semua dibekukan..saya memang tak ada apa-apa dah.

Tuhan nak tunjuk dekat saya yang awak memang nak bertanggungjawab. Awak datang cari duit untuk selesaikan semua keperluan anak dan bersalin. “Kerja keras awak, titik peluh nak cari duit untuk keperluan bersalin, saya sangat hargai. Terima kasih sebab awak ada teman saya berjuang melahirkan anak kita, awak jaga dari hari pertama berpantang sampai ke hari ini untuk pastikan saya okay.”

Dalam masa yang sama, Siti turut meluahkan rasa sedih apabila anak mereka, Ratna yang dilahirkan pada 12 September lalu terpaksa berdepan dengan masalah ini. “Anak baru 10 hari, dia ikut bersama ke mahkamah. Mummy minta maaf sebab tak boleh nak buat apa-apa, takdir Allah sudah tentukan semua ini terjadi. Patutlah Allah bagi mudah sangat bersalin dan Ratna pun baik sangat, nak dengar suara menangis pun payah..seolah-olah faham dan tak nak susahkan mummy.”

Terkesan dengan perpisahan itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut memberitahu, dia memerlukan ruang untuk kembali kuat. “Jika ditanya, saya masih tak kuat..mungkin emosi bercampur sekarang kerana masih berpantang. Ketika ini, saya perlukan masa untuk sembuh. Sumpah tak kuat, perpisahan yang paling menyakitkan dan memberi kesan paling besar dalam hidup. Kepada family dan kawan-kawan yang tanya, maaf saya tak boleh nak bercakap sekarang. Saya perlukan ruang.”

Terdahulu, Siti dan Aiman sah bercerai dengan talak bain kubra (talak tiga) selepas lafaz cerai kali ketiga ketika siaran langsung TikTok, empat bulan lalu. Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Fairus Jaafar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin.  Aiman menceraikan Siti dengan talak pertama pada 17 Mac. Pada 15 Mei, dia melafazkan cerai lagi ketika siaran langsung di TikTok termasuk lafaz ketiga beberapa minit kemudian.

Mahkamah menetapkan talak pertama dan kedua hanya dikira sebagai satu talak rajie, manakala lafaz ketiga jatuh sebagai talak bain kubra. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand. Ini merupakan perkahwinan kedua Siti yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, berusia lima tahun dan Putra Aiman Zafran, tiga tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.