Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira berkongsi berita sedih pemergian suami tercinta, Zaidul Ariff, yang dikhabarkan pergi menghadap illahi secara mengejut. Berita duka itu dikongsi Farah menerusi hantaran di Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, Farah memaklumkan suaminya itu pengsan ketika bermain badminton sebelum dikejarkan ke hospital. “Pukul 12 dapat call cakap Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital. Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada.” Klik sini untuk lihat video.

Apa yang lebih menyayat hati, pemergian itu berlaku pada hari yang sama Farah membuat imbasan kehamilan. “1:06 harini scan baby, ya Allah baby dah besar semua bentuk badan dia jelas dah dan tadi doctor scan muka dia.” Farah turut meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana suaminya tidak sempat untuk hidup bertiga bersama anak yang dikandung.
“Rasa sekejap sangat hidup dengan awak, kenapa tinggalkan saya dengan anak padahal sikit je lagi nak hidup bertiga. Ya Allah, Engkau izinkan aku ada zuriat bersamanya setelah sekian lama, tapi Engkau tidak izinkan aku dan anak hidup bersamanya.” Dalam pada itu, Farah turut berkongsi gambar terakhir suaminya sebelum keluar bermain badminton pada pukul 10 malam, tidak lama sebelum insiden yang meragut nyawanya.
“Ya Allah ampuhkanlah suamiku, sesungguhnya dia seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab. Rasa sekelip mata gelap terus dunia bila situasi ni datang semula. Minta sangat doakan arwah dan minta juga doakan Fara sihat dengan baby dan kuat jalani kehidupan lepas ni.” Hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan takziah daripada warganet yang mendoakan agar Farah diberi kekuatan untuk menempuh ujian mendatang.
Rata-rata pengikut dan rakan-rakan pasangan ini meluahkan rasa terkejut setelah mengetahui khabar duka pemergian Zaidul. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.