Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan suaminya, Ubai Mz merupakan seorang yang sangat memahami dan menerima segala kekurangannya, termasuk dalam hal menguruskan pakaian. Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata dia mengambil masa yang lama setiap kali perlu melipat pakaian.
“Ubai tahu saya memang tidak suka lipat baju. Tapi alhamdulillah dia terima kekurangan saya. Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan televisyen ada tiga jam tidak habis-habis. Kalau Ubai lipat, sekejap je baju habis dilipat. Saiz pun sama saja,” katanya. Perkongsian itu mencuri perhatian ramai yang memuji sikap saling memahami antara pasangan tersebut. Malah, ada juga berkongsi pengalaman yang sama.


Untuk rekod, Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei tahun lalu. Shila turut mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulunya dengan Haris Edraki.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.