Applikasi Whatsapp dah tak berfungsi, Nadzmi Adhwa titipkan doa buat Ardell Aryana

Advertisements
Advertisements

PELAKON Nadzmi Adhwa menitipkan doa agar isterinya yang juga aktres dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana sentiasa berada dalam lindungan sepanjang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. Menurut Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, dia berasa sebak kerana tidak dapat menemani isterinya dalam perjalanan yang penuh risiko itu, namun reda dengan perjuangan Ardell demi tujuan kemanusiaan.

“Doa suami untuk isteri tiada hijab kan? Ya Allah, dengarkanlah doa ini. Berikan mereka kekuatan, lindungi mereka, berkatilah mereka dan permudahkan urusan mereka untuk sampai ke bumi Gaza. Ya Allah, hanya pada-Mu kami berserah,” katanya. Nadzmi berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran di platform Threads pada pagi Selasa. Dalam pada itu, Nadzmi memaklumkan aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh digunakan oleh Ardell sepanjang misi tersebut dan hanya dapat dihubungi melalui signal. 

Maklumat tersebut diperoleh melalui mesej daripada salah seorang aktivis yang turut serta dalam konvoi flotilla berkenaan. Untuk rekod, Ardell merupakan antara individu yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza sebagai sebahagian daripada GSF dengan tujuan memecah kepungan serta menghantar bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin. Difahamkan, misi GSF dijangka memasuki zon merah pada hari ini (1 Oktober 2025), iaitu perairan berdekatan Gaza.

Perkara itu merupakan satu detik penting yang menentukan sama ada solidariti kemanusiaan dapat menembusi kepungan berdarah atau terhenti di tengah ancaman dan kekejaman tentera Israel. Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi GSF akan memasuki zon merah pada jam 7 malam waktu Malaysia. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.