Pihak tentera minta tanggalkan baju tiga kali, Pu Rahmat tampil kongsikan pengalaman buruk yang tak dapat dilupakan

Advertisements
Advertisements

Pendakwah dan aktivis kemanusiaan yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), iaitu PU Rahmat berkongsi pengalaman buruk yang tidak dapat dilupakannya ketika berdepan dengan pihak rejim Zionis. PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, mendedahkan pihak tentera Israel memaksanya untuk menanggalkan pakaian semasa dia dalam tahanan mereka. Menurut PU Rahmat, tindakan tersebut dilakukan mereka bagi memastikan dirinya tidak mempunyai sebarang senjata.

“Saya tiga kali kena bogel, saya tak malu untuk cakap tentang perkara ini sebab kita lahir dalam keadaan berbgel dan mati pun begitu juga. Tiga kali saya dibogelkan kerana mereka takut di badan saya ada senjata. Pertama di dalam kapal tapi tak ada orang hanya tentera mereka. Kedua, di imigresen dan kali ketiga di penjara.”

Bercerita lanjut, PU Rahmat berkata meskipun para aktivis GSF menerima pelbagai provokasi namun tentera Israel disifatkan bacul kerana dilihat seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri. “Pergerakan tentera Israel tidaklah kemas maksudnya mereka sangat berhati-hati dan ketakutan. Malam kedua ketika di penjara saya dikejutkan dan mereka tanya saya soalan macam-macam.

Mereka tanya tentang Hamas tapi saya buat lawak. Saya kata, ‘Hamas kenal tapi saya lagi kenal hummus (makanan)’. Ada seorang menteri datang dan provok kami. Bila kami kata ‘Free Palestine’, dia kata kami pembnh anak-anak Yahudi. Kami balas dan kata mereka pembnh anak-anak Palestin, tapi mereka lari. Mereka adalah satu bangsa yang penuh ketakutan sebab mereka tahu mereka salah.”

Untuk info, menerusi laporan Buletin Utama, Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin mengesahkan bahawa Ardell Aryana serta seorang lagi aktivis, Haikal Abdullah, telah menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis. Menurutnya, Ardell telah ditumbuk di bahagian muka dan rambutnya turut ditarik. Manakala, PU Rahmat ‘dipaksa’ buka baju dengan tujuan dimalukan.

Terdahulu, PU Rahmat bersama 22 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.