Kisah rumahtangga jadi bualan warganet, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Uqasha Senrose

Advertisements
Advertisements

Susulan ramai pihak yang salah faham mengenai kenyataan tentang luahan perasaan sebagai seorang ibu, pelakon Uqasha Senrose tampil membuat penjelasan. Menerusi ruangan komen pada salah satu hantaran di Instagram, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menegaskan bahawa tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia keletihan kerena menjaga anak adalah tidak benar.

Sebaliknya, Uqasha berasa sebak setiap kali meninggalkan anak, namun tidak pernah berasa terbeban sepanjang membesarkan puteri tercintanya itu. “Saya meluahkan rasa rindu dekat anak. Ya Allah, kenapa orang cakap saya burn out jaga anak? Saya burn out kerana saya perlu tinggalkan anak dan pergi kerja. Melihat dia menangis ketika saya keluar dari rumah membuatkan saya rasa berat hati.

Menurut Uqasha, dia tidak dapat menanggung rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya berikutan terpaksa ditinggalkan kerana komitmen kerja. “Saya siap mention, kalau ada satu hari cuti pun saya akan ketepikan perkara lain untuk luangkan masa dengan anak. Sikit pun tak keluar dari mulut saya penat dan burn out jaga anak. Saya burn out sebab saya ingat saya boleh kerja dan tinggalkan anak sekejap, tapi saya tak boleh.”

Sebelum ini, nama Uqasha dan suami, Kamal Adli menjadi bualan warganet apabila didakwa saling tidak mengikuti (unfollow) di Instagram (IG). Apa yang menjadi lebih hangat apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.Terdahulu, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang. 

Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.