Tidak lagi tinggal sebumbung, Uqasha Senrose failkan cerai terhadap Kamal Adli

Advertisements
Advertisements

Rumah tangga pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, dilaporkan sedang bergolak apabila pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu. Menurut sumber terdekat seperti dipetik Utusan Malaysia, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi prosiding sebutan pertama kes perceraian tersebut.

Difahamkan, hubungan pasangan selebriti ini mula dilanda masalah sejak April lalu, namun isu itu tidak berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Difahamkan, kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya. Sebelum ini, tindakan Uqasha yang memuat naik beberapa luahan hati di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet, yang mengaitkannya dengan pergolakan rumah tangganya bersama Kamal.

Namun, ketika ditemui pihak media di program televisyen malam tadi, pelakon Gerak Khas Undercover itu memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan rumah tangganya. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.