SELEPAS isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengajak mencari jalan damai, penyanyi Nubhan tampil memberi reaksi balas terhadap kemelut rumah tangga yang menjadi bualan hangat di media sosial. Menurut Nubhan, keadaan kini semakin rumit untuk diperbetulkan apabila pelbagai spekulasi dan tuduhan terus bertebaran. “Isteri nak pilih jalan damai itu adalah cara terbaik. Tapi sekarang ini spekulasi semakin banyak dan rancak bertebaran di media sosial.
Saya hormat dia sebagai ibu kepada anak-anak kami,” katanya. Nubhan ditemui selepas tamat konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam Ahad. Ditanya mengenai hantaran yang dimuat naik di InstaStory bertulis ‘Amber Heard’ yang dikatakan menyindir isterinya, Nubhan menjelaskan mesej itu bukan ditujukan kepada sesiapa.
“Saya cuma ingin kata, hentikan segala kritikan dan kata-kata tidak baik. Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Harap semua orang hormat perkara itu,” ujarnya. Dalam masa sama, Nubhan mengakui fokusnya kini tertumpu kepada kerjaya seni dan saingan dalam program GV12. Biarpun dihimpit dugaan peribadi, Nubhan bersyukur masih dikelilingi individu yang tidak pernah berhenti memberi sokongan moral.
“Kekuatan saya adalah anak-anak dan ibu. Mereka sentiasa dalam fikiran dan siapalah saya tanpa mereka. Saya juga bersyukur kerana peminat dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan serta kepercayaan. Jika tiada kepercayaan itu, saya tiada kekuatan untuk membuat persembahan. Saya cuba untuk kuat dan fokus. Semuanya saya serahkan kepada Yang Maha Esa,” luahnya.
Pada minggu kedua GV12, Nubhan membawakan lagu Dambaan Pilu yang pernah dipopularkan oleh Khai. Tampil memberi persembahan bertenaga, dia sekali lagi mendapat kepercayaan juri dan berjaya menduduki tempat kedua pada minggu tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.