Tamat sekolah rendah, Watie Hanifiah tak dapat tahan sebak bila dengar ucapan dari Talita

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan anak tirinya, Talita pada majlis graduasi tamat sekolah rendah, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, meluahkan rasa terharu apabila Talita memberi ucapan penghargaan kepadanya. Klik sini untuk lihat video.

“Tahniah, sangat bangga dengan awak. Hujung-hujung kamera dah goyang sebab mummy dah mula menitik air mata dengar ucapan awak. Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di bibir dan hati awak.” Dalam ucapan tersebut, Talita atau nama sebenarnya, Dzahira Talita Zahra Shahmira menyifatkan Watie seperti ibu kandung sendiri meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy. Ibu, walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangimu. Untuk mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *