Masih lagi isteri yang sah, Kamal Adli beri pesanan pada orang luar jangan cuba rapat dengan Uqasha Senrose

Advertisements
Advertisements

Pelakon Kamal Adli menegaskan bahawa status perkahwinannya bersama aktres Uqasha Senrose masih sah mengikut hukum Islam, sekali gus menitipkan pesanan kepada mana-mana individu yang cuba merapatkan diri dengan isterinya. Memetik portal Gempak, Kamal, 39, berkata, pesanan itu ditujukan kepada pihak luar yang mungkin mengambil kesempatan terhadap situasi yang sedang dilalui pasangan tersebut.

“Saya sebagai suami, saya hanya nak pesan bukan orang luar la, bukan keluarga dia, tapi untuk orang yang cuba rapat dengan isteri saya ke… just ingat ya, Uqasha itu masih lagi isteri orang yang sah ya, saya pula masih suami yang sah, wujud lagi ini. Jadi faham ya, dari segi hukum apa semua. Tak kisah siapa pun. Saya bukan cakap fasal keluarga dia,” katanya.

Namun, Kamal menafikan wujudnya gangguan pihak ketiga seperti yang didakwa sesetengah pihak. “Eh tak, bukan (orang ketiga). Tak ada. Saya tak cakap macam tu. Saya hanya nak pesan, beritahu benda ni pentinglah dari segi hukum. Dan masih lagi suami dan isteri yang sah. Itu saja, tak cakap apa pun,” ujarnya. Sementara itu, Uqasha menjelaskan tiada individu luar terlibat dalam isu rumah tangga mereka, sebaliknya menegaskan dirinya sentiasa berada bersama keluarga dan anak.

“Fasal orang luar tu… sesiapa yang mengikuti saya nampak yang saya hanya bersama keluarga saya sahaja dan anak. Siapa yang ada dengan kawan-kawan? Siapa yang bawa kawan-kawan berjumpa dengan anak? Mana keluarga-keluarga dia?” ujarnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.