4 tahun bagi peluang tapi disia siakan, Uqasha Senrose tetap dengan pendirian nak berpisah dengan Kamal Adli

Advertisements
Advertisements

Pelakon jelita, Uqasha Senrose mengakui sudah memberi peluang kepada suaminya, Kamal Adli dalam tempoh beberapa tahun untuk memulihkan kemelut rumah tangga. Memetik laporan HibGlam, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, tetap tegas dengan pendiriannya untuk bercerai memandangkan peluang yang telah diberikan disia-siakan oleh suami.

“Empat tahun sahaja. Saya sudah berusaha untuk perbaiki rumah tangga ini, cuba sedaya upaya saya. Malah saya sudah berjumpa keluarga Kamal terlebih dahulu untuk bantu saya perbaiki dan pertahankan perkahwinan kami. Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal. Saya masih ada ibu bapa, adik-beradik, saya perlu beritahu keluarga apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Saya berbincang dan kedua-dua juga sudah berbincang untuk beri peluang lagi kepada Kamal. Namun peluang itu disia-siakan.

Setelah dipersiakan, saya rasa adalah terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Jadi saya nekad untuk berpisah,” kata Uqasha, hari ini. Menurut peguam syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian menjelaskan kedua-dua pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk berbincang sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.

“Hari ini adalah prosiding ketiga dan masing-masing membawa wakil JKP. Akan ada satu tarikh untuk berjumpa di JAWI bagi berbincang. Perjumpaan JAWI akan berlangsung terlebih dahulu sebelum prosiding seterusnya iaitu pada 18 Disember depan,” terangnya. Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.

Permohonan cerai berkenaan dibuat Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka. Sehubungan itu, prosiding seterusnya untuk kes cerai mereka ditetapkan mahkamah hari ini sebagai tarikh baharu. Prosiding sebutan pertama kes perceraian Kamal dan Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, berjalan pada 22 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.