HADIR di hari ketiga perbicaraan kes cerai, pelakon Kamal Adli tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangga dengan aktres Uqasha Senrose. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, memberitahu dia masih tidak dapat berhubung dengan Uqasha sejak berlaku kemelut rumah tangga antara mereka. “Kalau Uqasha ada pendirian dia, saya juga ada pendirian saya. Tak tahu nak komen apa. Ini kali pertama saya nak jumpa Uqasha selepas dua bulan. Komunikasi masih lagi melalui surat-menyurat dengan peguam,” katanya kepada pemberita.
Kamal tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lunpur pada Rabu kira-kira pukul 9.35 pagi. Kamal ditemani peguam syarie, Abdul Hadi Mohammad Salleh serta beberapa rakan terdekat. Sementara itu Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, yang tiba lima minit awal hanya memohon agar urusan mereka dipermudahkan. “Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya sambil berjalan ketika tiba di mahkamah.
Uqasha ditemani peguam syarie Muhahmmad Syazmee serta ahli lain termasuk ibu, Rosmizah Mohd Noor dan adiknya iaitu aktres Nelydia Senrose. Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.