Tak semua mampu jaga anak autisme, Shila Amzah akui tak percaya kalau anak dibawa keluar oleh orang luar

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Shila Amzah akui tidak memberi kepercayaan kepada mana-mana individu luar untuk berduaan bersama anak sulungnya, Seth Uwais yang menghidapi Autisme. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berpendapat tidak semua golongan ibu bapa mampu menjaga anak austime.Play

“Bukan semua ibu bapa pandai jaga anak autisme. Kalau saya dan Ubai tiada rasa percaya untuk sesiapa bawa Seth keluar. Terpulang pada kami. Kami lebih mengenali anak kami dan dia dah lama tak tantrum sehinggalah baru-baru ini. Mak saya bawa Seth pergi mana-mana semua dia suka. Seth boleh lepak dengan kawan-kawan saya dan Ubai.

Sebab mereka kenal Seth, mereka belajar apa yang dia suka dan pandai ambil hati. Jadi saya memang ada orang dalam hidup yang boleh keluar berdua dengan Seth.” Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu memaklumkan bahawa hubungan antara Ubai dan Seth sangat akrab meskipun mereka bukan anak kandung.

Ujarnya lagi, Ubai banyak membantu mendidik Seth agar menjadi lebih berdikari. “Ubai mungkin bukan ayah kandungnya tapi Seth memang paling sayang dan hormat dia sebagai ayah. Ubai mendisiplinkan Seth, mengajarnya tentang perasaan, dan juga melatihnya ke tandas. Kami mencurahkan seluruh jiwa dan raga untuknya.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.