2 tahun dah pemergian abah, Kieda Crepe umumkan bakal menimang cahaya mata ketiga

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Kieda Crepe mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra mengimbas kembali momen semasa dia membuat kejutan kepada suami, Hilmi Zaki mengenai kehamilannya. Hilmi dan beberapa orang staf mereka kelihatan gembira serta menangis selepas mengetahui tentang berita tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“25 Julai 2025, arwah abah genap dua tahun tinggalkan saya dan Allah hadirkan zuriat saat aku reda untuk semuanya.” Sementara itu, Kieda turut memaklumkan bahawa usia kandungannya kini sudah pun memasuki trimester ketiga. “Ketika video ini dimuat naik, saya dah nak masuk trimester ketiga dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan umrah bersama suami dan orang tua kami.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan mendoakan agar kandungan Kieda berada dalam keadaan yang baik sehingga dilahirkan. Sekitar Ogos tahun lalu, Kieda memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari. Sebelum itu, Kieda memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar selepas hampir lima tahun menunggu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.