Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah dipercayai sedang hamil anak pertama apabila gambarnya ketika tidur di dalam kereta mendapat perhatian warganet. Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia berkata isterinya kini lebih memilih untuk menjadi penumpang berbanding membawa kereta seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, Watie yang dilihat sedang memegang perutnya ketika tidur sehingga menampakkan bentuk seperti ‘baby bump’ telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan warganet bahawa dia kini mungkin berbadan dua. “Dulu dia lah terpaling rajin bawa kereta, sekarang dia lebih suka duduk sebelah dan tidur,” katanya Shuib. Meskipun Shuib tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut, namun rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.


Untuk makluman, pada Mei lalu, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pernah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia beberapa bulan. Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun. Shuib kemudiannya berkahwin dengan dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.