BUKAN hanya merahsiakan kehamilan daripada pengetahuan umum, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah turut tidak memberitahu anak-anak tiri tentang dirinya yang berbadan dua. Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, pengalaman melalui keguguran sebelum ini membuatkan dia takut berkongsi berita gembira itu. Katanya, dia tidak mahu anak-anak Shuib berasa sedih jika kejadian sama berulang untuk kandungan kali ini. Klik sini untuk lihat video.

“Hampir empat bulan saya rahsiakan daripada anak-anak dan keluarga. Saya masih trauma dengan peristiwa lepas. Kegembiraan anak-anak apabila dapat tahu saya hamil adalah momen paling bahagia. Saya takut bila ianya terjadi lagi. Ia akan buat saya bertambah sedih bila lihat anak-anak ikut sedih sekali,” katanya.
Watie berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu selepas Shuib mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata. Menerusi video berkenaan, Shuib membuat kejutan kepada tiga anaknya dengan menunjukkan gambar imbasan kehamilan. Detik indah tersebut dirakamkan ketika anak kedua Shuib iaitu Thalita sedang mengikuti program Talk To My Manager sebelum ini.
Menyambut berita tersebut dengan penuh teruja, anak-anak Shuib juga memeluk erat Watie selepas dimaklumkan mereka bakal mendapat adik. Menurut Watie, Thalita juga antara orang yang sering bertanya tentang keadaan dirinya agar segera hamil. “Inilah orang yang selalu bertanya. Dia cakap mimpi mummy bersalin dapat baby,” ujarnya sambil memeluk Thalita dalam video tersebut.
Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.