Selepas 12 tahun menetap di rumah sewa, pempengaruh terkenal Khairul Aming akhirnya berkongsi khabar gembira apabila bakal memiliki rumah pertama tidak lama lagi, sekali gus menjadi perhatian ramai pengikut di media sosial. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bahawa dia akan mengambil kunci kediaman tersebut dalam masa terdekat selepas lebih sedekad menyewa.
“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya. Dalam pada itu, Khairul Aming menyatakan kediaman yang dibeli bukanlah bersaiz besar tetapi hanya sebuah kondominium kecil yang sesuai dengan dirinya yang masih bujang. “Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet. Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” ujarnya.
Perkongsian itu nyata mengundang reaksi positif daripada peminat yang turut tumpang gembira dan menganggap kejayaan itu sebagai hasil kerja keras Khairul Aming selama ini. Sebelum ini, usahawan muda tersebut telah berkongsi khabar gembira apabila bakal membuka restoran makanan di Kuala Lumpur diberi nama Rembayung.



Ujarnya, selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital, Khairul Aming mengorak langkah baru dengan membuka restoran yang dibina dari tapak kosong di kawasan Kampung Baru, dengan keluasan 8,000 kaki persegi. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.