Pernah pinjam rakan artis punya, Bella Astillah tak dapat tahan sebak bila berjaya miliki mikrofon sendiri

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah gagal menahan air mata apabila berjaya memiliki sebuah mikrofon peribadi yang dipercayai sudah lama diimpikan. Menerusi hantaran di threads pembantu peribadinya, Niel Rafeq, berkata, pelakon itu sudah lama memasang impian untuk memiliki mikrofon sendiri. Malah dia juga berkongsi, sewaktu pertandingan realiti Famili Duo, Bella pernah meminjam mikrofon milik rakan artis kerana belum mampu untuk membelinya pada ketika itu. Klik sini untuk lihat video.

“Lama sangat dia menantikan saat ini di mana dia ada mic sendiri. Sampai satu tahap dulu dia pinjam mic rakan artis masa bertanding di Famili Duo. Dia cakap dia nak practice nyanyi banyak-banyak supaya boleh ada mic sendiri. Alhamdulillah, proud of you Bella, hadiah untuk diri dia sendiri,” ciapan Niel, semalam. Dalam perkongsian sama, Bella kelihatan terharu merenung mikrofon yang tertera tulisan ‘BA’ yang diukir membawa maksud namanya iaitu Bella Astillah.

Menjengah ke ruangan komen, warganet menitipkan kata semangat buat penyanyi itu dan mendoakan agar dirinya terus kuat mencari rezeki membesarkan anak-anak.Malah ada juga yang cuba meneka harga mikrofon tersebut dan didakwa harganya mencecah puluhan ribu ringgit. Terdahulu, Bella Astillah menjadi perhatian apabila menjelaskan mahu berfikiran terbuka dan tiada sebarang masalah untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas pasangannya sekiranya mendapat jemputan.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 namun bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2023. Bella Astillah dan Aliff Aziz bercerai pada 13 Jun 2025 melalui lafaz talak satu di Mahkamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.