Terpaksa rakam sendiri untuk simpan sebagai memori, Uqasha Senrose dedah Kamal Adli tak pernah rakam momen dia bersama anak

Advertisements
Advertisements

Pelakon Uqasha Senrose menegur pihak yang terlibat agar tidak menjadikan anak sebagai ‘peluru’ masalah peribadi. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan yang melibatkan puteri tunggalnya. “Kalau masih guna anak sebagai peluru, saya tidak akan berdiam diri lagi. Dulu tak bersungguh pun nak anak? Tak rajin muat naik video atau gambar anak pun.”

Sementara itu, Uqasha turut mempersoalkan pihak yang terlibat apabila dilihat kerap merakam dan memuat naik video anak. Selain itu, Uqasha mendakwa dirinya tidak pernah dirakam sebagai memori apabila bersama anaknya, Hawra Uqaira. “Siapa yang selalu rakam dan muat naik video awak dengan anak untuk tunjuk betapa penyayangnya awak? Pernah tak awak rakam saya dengan anak dan post? Saya terpaksa rakam sendiri untuk simpan sebagai memori.”

Sekadar info, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.