Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming memaklumkan dirinya tidak lagi menaiki kereta jenis Perodua Bezza seperti yang sering dibicarakan oleh netizen di media sosial. Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA ditanya oleh peminat di sesi siaran langsung sama ada dirinya masih menggunakan kereta itu atau sudah menukarnya dengan sebuah kereta baharu yang lain.
“Masih pakai Bezza ke? Tak.. saya pakai 4×4. Bezza itu adik saya yang ambil. Dia dah modify Bezza saya itu jadi macam nak pergi racing walaupun adik saya perempuan,” kata KA, baru-baru ini. Dalam pada itu, dia juga meminta agar orang ramai tidak terus menerus memujinya kerana bersifat sederhana dan tidak gemar menggunakan barangan mewah.
“Saya tak pakai Bezza dah, tolonglah berhenti cakap bagusnya KA masih pakai Bezza walaupun dah keluar duit untuk Rembayung. Bezza itu dah lama saya bagi dekat adik,” jelasnya. Kongsinya lagi, KA turut memperbetulkan kekeliruan yang berlaku mengenai sebuah kereta Bezza berwarna biru yang diparkir di hadapan restoran Rembayung yang disangka miliknya.
“Cuma hari itu ada staf saya parkir kereta Bezza biru depan Rembayung, itu bukan kereta saya. Itu kereta staf saya, saya tak akan pilih warna itu,” tambahnya lagi. Meninjau ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan pemilihan kereta baharu yang dibeli oleh KA itu memandangkan ia begitu praktikal untuk digunakan bagi seorang usahawan.
Malah ada juga yang masih memujinya biarpun sudah memiliki kereta baharu namun tidak mendedahkan jenama keluaran kenderaan berkenaan. Terdahulu, Khairul Aming mengumumkan bakal membuka restoran pertamanya selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital dan pembuatan konten di media sosial. Difahamkan, pembukaan restoran tersebut menelan belanja RM 4 juta dan merupakan antara pelaburan terbesar yang dibuat dalam hidupnya.



Untuk info, restoran tersebut dibina di sebuah tanah kosong yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.