Ada individu yang pertikaikan pasal iddah, tak boleh berdiam ini pula respon dari Farah Fakhira

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Farah Fakhira meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang mempertikaikan tentang iddahnya selepas kematian suami. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Farah membidas seorang individu kerana mempersoalkan dirinya yang berada di luar negara sedangkan masih berada di dalam tempoh iddah.

“Ada hari kadang memang boleh sabar, tapi kadang-kadang orang yang rasa terpaling belajar agama ini melampau pertikaikan kehidupan dan cara orang kerja walaupun cari pendapatan. Yang kelakarnya, DM ini semua bukan followers pun, kenal aku pun tidak.” Menurut Farah, sejujurnya dirinya sendiri tidak mahu berada di luar negara memandangkan baru sahaja kehilangan suami tercinta.

“Logiknya, tak ada orang sarat mengandung nak naik flight, nak entertain orang, nak rasa okay depan semua orang tanpa tunjuk sedikit pun kau sedang tak okay. Aku tak pernah kisah pun dengan perjalanan ini, apa gunanya nak berjalan kalau suami sudah meninggal, dengan bawa badan berat-berat.”

Bagaimanapun, atas dasar tanggungjawab Farah menjelaskan bahawa dia terpaksa memenuhi kehendak pelanggan dan perlu menyelesaikan segala tuntutan kerja. “Cuba beritahu, client mana yang nak dengar sebab/tak profesional kau bekerja. Jadi tolonglah, terutama yang tak kenal saya ini. Tak pernah minta untuk suka atau sanjung pun, cuma tak perlu sibuk hal orang atau nilai cara aku cari duit dan cara aku bekerja. Lain orang lain cara cari duitnya.”

Terdahulu, Farah berkongsi berita duka mengenai pemergian suami tercinta, Zaidul Ariff. Zaidul yang tidak sedarkan diri ketika bermain sukan badminton telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Lebih meruntun hati, Zaidul sempat menenami isterinya itu ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kandungan sebelum dia dijemput Ilahi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.