Perkongsian video memperlihatkan momen penyanyi Elyana membotakkan kepalanya dibantu dua orang anaknya mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya. Menurut Elyana, dia mahu anak-anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani, bersama-sama merasai momen tersebut. “Saya ini seorang yang macam benda yang saya takut itulah yang saya kena fokus dulu. Saya takut perasaan anak-anak saya malu, tergores… sebab saya tahu hati mereka lembut.
“Bila mereka tengok saya dalam keadaan sakit pun buat mereka rasa serba salah nak bercerita, berkongsi apa-apa masalah sekolah. Jadi, bila saya ambil keputusan untuk botakkan kepala, kena bawa anak-anak sekali untuk bersama-sama untuk dalam momen ini,” katanya.
Tambah Elyana lagi, dia mahu dua anak perempuannya itu melihatnya kuat biarpun sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma. “Jadi nak tak nak, mereka kuat juga. Bila anak yang cukurkan rambut, kita rasa macam bonding time, benda itu jadi fun bukan menyedihkan. Saya pun tahan air mata jangan mengalir, sebab nak anak-anak tengok saya dalam sisi yang positif. Tak semestinya botak, kita tak cantik
Tak semestinya kita sakit, kehidupan kita dah habis. Biar mereka tengok mak awak ini walaupun berbelas tahun sakit, masih boleh meneruskan kehidupan,” ujarnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.