Hantar anak sambung belajar di Oxford UK, Engku Emran luah rasa gembira dapat jumpa dengan Mr E

Advertisements
Advertisements

Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal menjadi sorotan publik apabila berkongsi gambar bersama Mr. E sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang bagi melanjutkan pengajian ke luar negara. Menerusi perkongsian di Instagram, Engku Emran meluahkan rasa gembira dapat bertemu bapa tiri baharu Aleesya dan menyambut baik kehadirannya dalam keluarga mereka.

Selamat datang ke dalam keluarga, Mr. E. Akhirnya dapat berjumpa ayah tiri baharu kepada Aleesya,” tulis Engku Emran, hari ini. Dalam pada itu, dia turut menjelaskan anaknya berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus pendek di Oxford, UK setelah memperolehi keputusan cemerlang dalam IGCSE. “Aleesya telah ditawarkan untuk mengikuti kursus pendek di Oxford UK kerana keputusan cemerlangnya dalam ujian IGCSE.

Jadi kami bertiga menghantarnya berlepas dari KLIA, pagi semalam,” ucapnya lagi. Terdahulu, Engku Emran berkongsi kejayaan anak tunggalnya, Engku Aleesya, meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan IGCSE dan meluahkan rasa bangga kerana pengorbanannya selama 11 tahun kini mula menuai hasil yang berbaloi. Untuk rekod,  primadona filem Melayu, Erra Fazira, 51, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin Noordin dalam suasana penuh barakah di ruang acara Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang. Pada majlis berkenaan, Ezwan menyerahkan mas kahwin berupa 24 dinar emas kepada Erra.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.