PEMAINÂ sayap Selangor FC, Faisal Halim sudah merujuk semula dengan bekas isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril pada 9 Disember lalu selepas sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor. Menurut peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, pihaknya akan membuat permohonan rujuk di mahkamah dalam waktu terdekat.
“Alhamdulillah, betul Faisal dan bekas isterinya sudah kembali rujuk. Saya akan memfailkan permohonan rujuk ini dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi. Menurut Akberdin, Faisal dan Nur Syazwani memilih jalan untuk berdamai baru-baru ini selepas masih menyimpan rasa sayang dan ingin membesarkan anak lelaki mereka bersama-sama. “Soal jodoh ini rahsia Tuhan. Apa-apa boleh berlaku.
Saya tumpang gembira apabila Faisal memaklumkan dia sudah kembali bersama bekas isterinya. Selama ini pun dia sangat mencintai isteri dan anaknya. Kita doakan semoga rumah tangga mereka kekal bahagia,” katanya. Pada 28 November lalu Faisal dan Nur Syazwani sah berpisah talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Akberdin berkata, mahkamah mengesahkan terdapat dua kali lafaz cerai yang dilakukan oleh pemain bola itu iaitu pada 11 Jun dan 10 November tahun ini. Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.