Isteri sering dapat kecaman dari warganet, Fattah Amin tampil pertahankan Amira Othman

Advertisements
Advertisements

Fattah Amin tampil mempertahankan isteri, Amira Othman, daripada komen negatif yang sering diterima di media sosial. Dalam siaran langsung, Fattah mengingatkan orang ramai supaya bercakap dengan baik dan elakkan komen yang boleh menyakitkan hati Amira. Amira menyedari ada individu yang kerap meninggalkan komen negatif terhadapnya dan berharap individu tersebut mendapat hidayah.

Biarpun ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman namun terdapat juga komen negatif yang dilemparkan kepada mereka. Enggan berdiam diri isteri kerap menerima kritikan, sebagai suami Fattah tampil mempertahankan Amira. Menerusi sepotong video ketika mereka membuat siaran langsung (live), Fattah memohon agar semua orang bercakap yang baik sahaja. 

“Nak komen boleh tapi janganlah kutuk-kutuk. Cakap baik-baik, jangan cakap benda tak baik. Kita hidup ni kena cakap yang baik-baik. Cakap itu satu doa. Janganlah buat Mira terbaca ayat yang tak baik itu,” kata Fattah. Amira yang berada bersama Fattah ketika itu menyedari terdapat seorang individu yang sememangnya gemar meninggalkan komen negatif terhadapnya di semua platform. 

“Dia memang suka kutuk saya dekat semua portal. Saya sampai hafal nama dia, kak Hamidah Ismail. Ada muka saya, ada dia.” Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.