Pujuk tak menjamin apa apa, Aireena Sofea nekad mahu berpisah dengan Haqiem Stopa demi masa depan anak dan diri sendiri

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Aireena Sofia mengakui keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Haqiem Stopa, dibuat demi masa depan dirinya dan anaknya. Menerusi perkongsian di Threads, Aireena berkata segala pujukan dan janji manis tidak lagi memberi makna setelah dirinya terlalu banyak terluka. “Pujuk tidak menjaminkan apa-apa untuk orang yang dah berkali-kali sakit. 

Tak kasihan dekat anak?’ Ya, kasihan. Sebab fikir anak dan fikir diri sendiri lah saya macam ni.” Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu. Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *