Primadona Filem Melayu, Erra Fazira membuat pengumuman bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 12 Disember ini bersamaan hari Jumaat hadapan.
Jelita dengan busana berwarna kuning, Erra tidak dapat menahan air mata apabila mengumumkan tarikh hari bahagianya itu. “Insyaallah ini adalah berkat doa, dengan izin Allah sekiranya tak ada aral melintang pada tanggal 12 Disember, saya menjemput rakan-rakan media dan semua..saya harap anda dapat mendoakan agar majlis pernikahan ini berlangsung dengan baik.”
Pengumuman tersebut dilakukan semasa pelancaran single dan tayangan perdana lagu tersebut ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa. Lebih istimewa, ‘Cinta Abadi’ yang dirakamkan semula untuk versi terbaharu itu juga menjadi lagu tema perkahwinan mereka. Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi ruang, malah mereka dilihat terbuka memaparkan keserasian di media sosial.
Difahamkan pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu. Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan berpisah selepas tiga tahun. Pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu kemudian berkahwin kali kedua bersama Engku Emran. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.