Walaupun rezeki mencurah, Kamal Adli akui 2025 tahun paling berat dalam hidup

Advertisements
Advertisements

Kamal Adli mengakui 2025 adalah tahun paling berat dalam hidupnya walaupun kerjaya seni terus berkembang dengan tawaran kerja yang banyak. Pelakon itu berkongsi bahawa walaupun rezeki ada, dia rasa kosong dan terpaksa melalui tempoh sukar seorang diri di rumah. Kamal diumumkan sebagai duta raya Jakel 2026 bersama Que Haidar dan Elly Mazlein, sementara rumah tangganya berdepan kemelut selepas isteri memfailkan permohonan cerai.

Walaupun kerjaya seninya terus subur dengan pelbagai tawaran, pelakon Kamal Adli mengakui 2025 bukanlah tahun kegemilangan seperti disangka ramai. Sebaliknya, ia menjadi antara tahun paling berat dalam hidupnya. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata limpahan rezeki yang diterima sedikit sebanyak mengurangkan tekanan, namun tidak mampu menutup kekosongan yang dirasai dalam diri.

“Ramai ingat tahun ni tahun saya. Tahun depan pun konon tahun saya juga. Tapi jujur, bukan. Tahun ni sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma menumpang. Alhamdulillah, cuma tahun ini tahun duka saya sebenarnya. Tahun berat untuk saya. Saya terus bekerja tanpa henti. Dalam saya melalui tempoh sukar, Allah bagi juga sedikit rezeki untuk buat saya senyum. Tapi saya tetap perlu teruskan. Saya seorang-seorang di rumah, itu yang buat semuanya terasa berat,” katanya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *