Ramai yang restu hubungan mereka, Nedim Nazri muat naik gambar berpegangan tangan dengan Nadia Brian

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN Nedim Nazri nampaknya sudah tidak lagi menyembunyikan hubungan rapatnya bersama pelakon Nadia Brian apabila berkongsi foto berpegangan tangan di media sosial. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya pada petang Ahad, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned memuat naik foto bersama kapsyen ringkas. “Kamu adalah sebuah ingatan yang menjadi kegemaranku,” tulisnya. 

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang seakan-akan merestui hubungan cinta mereka. “Bersemut sebab manis sangat. Yayyy.” “Gembira untuk kamu berdua, akhirnya sudah boleh tersenyum kembali,” tulis warganet. Sebelum ini, Nedim dan Nadia menjadi perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing. Selain Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl sekali gus memberi gambaran mengenai hubungan yang terjalin antara mereka.

Menerusi temu bual bersama mStar, Nadia mendedahkan menerima mesej peribadi (DM) daripada bekas isteri Nedim iaitu aktres Nora Danish yang membuatkan dia berasa tersentuh dengan penerimaan diberikan. Untuk rekod, Nedim mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Neyqal. Bagaimanapun, pasangan ini kemudiannya disahkan bercerai pada Julai 2024.

Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum berpisah secara sah pada April 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.