Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime menjelaskan tentang gaya hidupnya yang mewah sejak berkahwin selepas ada yang menuduhnya membazirkan wang. Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata tidak salah untuknya memanjakan diri selepas penat lelah bekerja keras untuk keluarganya. “Cakap pasal sibuk bekerja, adalah seorang kawan saya, dia cakap saya suka membazir duit sejak kahwin dengn suami. Klik sini untuk lihat video.

Sebab saya suka habiskan duit dekat makanan mewah dan pergi salon. Saya kerja keras jual produk, apa salahnya bahagiakan diri dengan memewahkan diri sendiri?” Menurut pelakon drama Si Kolot Suamiku itu, dia sudah puas menjalani kehidupan secara berhemat. Katanya, kali ini dia hanya mahu menikmati hidup tanpa perlu memikirkan soal kewangan atau tekanan lain.
“Lagipun sebelum ini, saya sudah puas hidup susah, makan semua kena catu. Kalau nak beli barang kena fikir dua atau tiga kali. Kali ini, saya cuma nak menikmati hidup saya. Saya tidak rasa mewahkan diri sendiri adalah pembaziran. Kalau kita sudah kerja keras, kita layak manjakan diri sendiri.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.